fbpx

Masjid di Libya dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRIPOLI – Masjid di ibu kota Libya, Tripoli dan kawasan berhampiran mula dibuka semula sejak kelmarin selepas hampir tujuh bulan terpaksa ditutup sebagai satu langkah ketat untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.

Libya yang pernah terjerumus dalam konflik membabitkan negara barat untuk mengusir Muammar Gaddafi daripada tampuk pemerintahan pada 2011 berdepan peningkatan jangkitan virus Covid-19 sejak merekodkan kes pertama pada bulan Mac lalu.

Merujuk kepada data rasmi yang dibekalkan pihak berkuasa, terdapat lebih 41,000 kes positif jangkitan Covid-19 dengan kira-kira 621 kematian di Libya, sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk kurang daripada tujuh juta orang.

Kerajaan Perpaduan Libya yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berpangkalan di bandar Tripoli memberi kebenaran untuk membuka semula masjid tetapi dengan syarat-syarat ter­tentu.

Masjid di Tripoli dan bandar berdekatan dibuka semula untuk tujuan mengerjakan solat dan wajib mematuhi pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Jemaah perlu membawa sejadah sendiri untuk solat.

Imam Masjid Jaafar bin Abi Talib di bandar Janzour, Abdel Monem al-Rayani berkata, satu kempen kesedaran sudah diadakan sebelum masjid-masjid dibuka semula.

“Kami sudah mengedarkan risalah menjelaskan mengenai keadaan dan syarat mengerjakan solat di masjid selari dengan garis panduan ditetapkan kerajaan,” katanya.

Bilangan jemaah di masjid turut dihadkan sebagai langkah berjaga-jaga dan masjid yang tidak patuh pada garis panduan akan ditutup semula.

Arahan penutupan masjid dibuat selepas kes pertama dikesan di Libya pada pertengahan Mac lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI