fbpx

Kipre ghairah buru kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIPRE sedia menampilkan aksi terbaik bagi memastikan kemenangan milik Kedah menjelang pertembungan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

TONGGAK skuad Helang Merah, Tchetche Kipre menjanjikan aksi terbaik dalam memburu kemenangan pada aksi menentang Perak bagi merebut naib juara Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Menurut pemain berasal dari Ivory Coast itu, pertemuan menentang Perak dianggap seperti final bagi memastikan Kedah layak beraksi dalam Piala AFC musim depan.

“Persediaan kami seperti bia­sa tetapi kami sudah bertekad untuk memberi segala yang termampu pada perlawanan nanti.

“Siapa yang menjaringkan gol pada aksi tersebut tidak penting kerana tumpuan lebih diberikan kepada usaha membawa pasukan mencapai kemenangan,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Berbaki satu perlawanan, Kedah kini menduduki tangga ke­dua liga dengan mengutip 19 mata manakala Perak pula berada di tempat ketiga dengan 18 mata.

Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pula berkata, moral rakan-rakan sepasukannya ketika ini berada dalam keadaan cukup baik untuk menghadapi perlawanan penting itu.

“Semangat kami cukup berkobar-kobar untuk memenangi perlawanan itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau me­ngakui Perak sememangnya memiliki kekuatan tersendiri dan bakal tampil dengan persembahan terbaik bahkan beraksi di ge­langgang sendiri.

“Namun kami turut memiliki strategi tersendiri, selain sentiasa meneliti perlawanan-perlawanan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI