fbpx

 Kawasan rekreasi Bagan Ajam ditutup 2 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORZAINY (kanan) menjalankan pemantauan di kawasan rekreasi BORR Bagan Ajam di Butterworth, di sini hari ini. Pix SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Kawasan rekreasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini ditutup selama dua minggu bermula hari ini ekoran kegagalan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tindakan itu diambil bagi menyekat penularan Covid-19.

Katanya, lokasi terbabit menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu menyebabkan ramai pengunjung yang enggan menjaga penjarakan fizikal dan tidak mengenakan pelitup muka.

“Atas saranan polis bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pengelola lokasi bersetuju untuk menutup kawasan rekreasi selama dua minggu bermula hari ini,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pemantauan SOP PKPP di kawasan terbabit.

Beliau walau bagaimanapun berkata, kawasan R&R tetap beroperasi seperti biasa dan peniaga didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, Noorzainy berkata, pada operasi itu, seramai 120 pengunjung dikenakan kompaun RM1,000 kerana didapati gagal mematuhi penjarakan fizikal selain berkumpul dalam skala besar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI