fbpx
IBU saudara memainkan peranan penting kepada pengantin perempuan sejak kecil bagi masyarakat di Uganda. –Gambar hiasan

Ibu saudara tiduri pengantin lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI masyarakat di Uganda, Afrika, ibu saudara memiliki pengaruh yang besar terhadap anak saudaranya terutamanya wanita.

Menjadi resam budaya di negara itu, ibu saudara bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan kaunseling buat anak saudaranya dari mereka kecil sehingga dewasa.

Begitu juga ketika berkahwin, mereka ini juga yang akan menyiapkan anak saudaranya untuk menghadapi cabaran yang mendatang setelah berkahwin.

Tetapi keadaan agak berbeza bagi suku kaum Banyankole di bawah kerajaan tradisional Ankole yang terletak di bahagian barat daya Uganda.

Mereka mempunyai lebih banyak peranan termasuk sewaktu anak saudaranya ingin melangsungkan perkahwinan.

Berdasarkan laporan daripada portal berita The Maravi Post, tanggungjawab utama ibu saudara adalah untuk mengesahkan bahawa lelaki yang hendak dikahwini anak saudaranya itu mestilah kuat dari segi batin.

Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk mempertahankan keperawanan pengantin perempuan sebelum perkahwinan itu selesai.

“Sebagai ujian untuk pengantin lelaki, ibu saudara pengantin perempuan kadang-kadang akan diminta untuk menidurinya terlebih dahulu untuk pengesahan mengenai potensi dan kejantanannya.

“Selain itu, ibu saudara juga perlu menguji apakah pengantin perempuan masih lagi dara sebelum mereka diizinkan untuk melangsungkan perkahwinan,” jelas laporan berita tersebut.

Pengantin hanya dibolehkan untuk menyelesaikan pernikahan jika pengantin lelaki lulus ujian tersebut.

 

KEBIASAANNYA perkahwinan orang Banyankole diatur oleh keluarga. – Gambar hiasan

 

Dalam tradisi lain pula, ibu saudara juga dikatakan bertanggungjawab untuk mendengar atau menonton ketika pengantin lelaki dan perempuan melakukan hubungan untuk membuktikan potensi pasangan tersebut.

Orang Banyankole terdiri daripada dua etnik utama iaitu Bahima dan Bairu.

Bagi etnik Bahima, memiliki keperawanan adalah penting bagi seseorang wanita yang belum berkahwin. Setelah berumah tangga pula, wanita yang tidak mempunyai anak dianggap tidak mempunyai status dalam masyarakat.

Sebaik sahaja seorang gadis berusia lapan tahun, dia sudah melalui banyak batasan bagi mempersiapkannya untuk berkahwin.

Ketika kanak-kanak lain seusia mereka masih bersenang lenang dan bermain, tetapi tidak bagi anak gadis Banyankole.

Kebanyakan mereka akan disimpan di dalam rumah dan diberi makan daging lembu dan bubur serta dipaksa minum susu dalam jumlah yang besar sehingga menjadi gemuk.

Menjadi gemuk adalah identiti kecantikan dalam kalangan orang Banyankole.

Ketika anak gadis mula membesar, mereka juga diminta oleh ibu bapanya untuk tidak melakukan aktiviti seksual.

Dalam pada itu, menjadi tugas seorang ayah bagi pengantin lelaki untuk mencari isteri bagi anaknya.

Keluarga kaum lelaki juga perlu menyediakan hantaran dan membayar sejumlah wang kepada pengantin perempuan.

Hantaran perkahwinan terdiri daripada beberapa ekor lembu, kambing dan minuman keras dan wang dibayar bergantung kepada kekayaan keluarga pengantin lelaki.

Setelah harga untuk pengantin dibayar, persiapan perkahwinan akan dimulakan.

 

LEMBU menjadi sebahagian hantaran yang perlu diberikan kepada keluarga pengantin perempuan. – Gambar hiasan

 

Pada hari perkahwinan, kenduri yang besar akan diadakan di rumah pengantin perempuan dan ayahnya menyembelih lembu yang sudah diberikan.

Sama seperti perkahwinan tradisional Afrika yang lain, pihak ketiga yang disebut sebagai Kateraruume menjadi orang terpenting untuk sesuatu urusan perkahwinan.

Kateraruume adalah orang yang sangat dihormati dan mewakili keluarga pengantin lelaki yang ditugaskan untuk menghadap keluarga sebelah perempuan.

Dia juga perlu memastikan bahawa keluarga pengantin perempuan bersedia menerima keluarga pengantin lelaki secara rasmi bagi membincangkan soal perkahwinan.

BERITA BERKAITAN