fbpx

Erin Karra julang kejuaraan MLBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Erin Karra beraksi cemerlang apabila muncul juara Kejuaraan e-Sukan Esports Integrated (ESI) Challenge Edisi Wanita dalam permainan MLBB secara atas talian malam kelmarin.

PASUKAN Erin Karra muncul juara Queen of The Land of Dawn selepas menewaskan pasukan Missrose dan Charlie sempena Kejuaraan e-Sukan Esports Integrated (ESI) Challenge Edisi Wanita dalam permainan Mobile Le­gends: Bang-Bang (MLBB) malam kelmarin.

Seramai 20 orang streamer wanita terkenal di Malaysia menyertai saingan tersebut antaranya Erin Karra, Missrose, Charlie, Mamajess dan ramai lagi.

Pada saingan itu, pasukan Erin Karra yang baru ditubuhkan pada bulan ini mempamerkan aksi yang cukup cemerlang apabila mudah untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan Mamajess.

Kemenangan tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila skuad yang terdiri daripada streamer terbaik Malaysia, Erin Karra, Starkmoon Gaming, Rose Gaming, Syasya Jasni dan Ketrina beraksi dengan cukup baik apabila hanya memerlukan 10 minit bagi meraih kemenangan 2-0 ke atas pasukan Mamajess.

Pada perlawanan akhir, Erin Karra seperti tidak memberi pe­luang apabila mengekalkan rekod kemenangan 2-0 selepas berjaya menyingkirkan pasukan Charlie. Pada saingan itu, Erin Kara menyingkrikan 16 kali hero pasukan lawan di pusingan pertama dan 20 kali di pusingan kedua.

“Terima kasih kepada semua yang menonton perlawanan kami malam tadi dari awal hingga ke akhir dan terima kasih juga ke­rana menyokong streamer wanita.

“Saya harap pemain e-Sukan di luar sana memberi sokongan kepada kepada streamer wanita dan kami dapat meneruskan karier ini,” kata ketua pasukan Erin Karra sejurus tamat permainan.

Kesemua peserta juga sangat gembira dengan program itu.

Bagi mereka, program ini bukan sahaja membantu mendapatkan pendedahan lebih me­luas, malah mereka juga mendapat kenalan streamer yang lebih ramai.

ESI Challenge ditayangkan secara live di Facebook page Esports Integrated, Kementerian Belia dan Sukan, Utusan Online, Kosmo! Online, Egg Network, Pesan Bonda. Program tersebut telah mendapat 10,000 kongsi dan 11,000 komen daripada para peminat e-Sukan.

Penerbit ESI Challenge, Ahmad Khairul atau lebih mesra dikenali sebagi Kay berharap program e-Sukan seperti ini akan terus mendapat sokongan dari peminat e-Sukan di Malaysia dan bersama membantu memajukan lagi industri e-Sukan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI