fbpx

Empat ditahan miliki pistol tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRUDIN (dua dari kiri) menunjukkan pistol tiruan yang dirampas daripada empat lelaki yang ditahan di hadapan sebuah resort di Teluk Lipat di sini pada Jumaat lalu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Polis menahan empat lelaki berikutan penemuan sepucuk pistol tiruan di dalam sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki mereka di hadapan sebuah resort di Teluk Lipat di sini, kelmarin.

Pemeriksaan pada pukul 9 pagi itu juga menjumpai 140 pil dipercayai dadah jenis pil kuda dan Erimin 5 daripada salah seorang suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kereta Perodua Kancil yang dinaiki kesemua suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 29 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan telah ditahan sepasukan anggota polis yang sedang mengadakan rondaan.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai sepucuk pistol yang dipercayai diperolehi dari negara jiran.

“Kita khuatir senjata itu boleh digunakan untuk kegiatan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, ujian air kencing tiga daripada empat suspek mendapati mereka positif dadah.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI