fbpx

Ahli Lembaga TH tolak cadangan Pengurus Besar hotel bukan orang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) telah menolak cadangan untuk melantik seorang professional dalam kalangan bukan orang Islam sebagai Pengurus Besar sebuah hotel milik mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, cadangan itu telah dikemukan oleh pihak pengurusan tertinggi TH sebelum ini dalam Mesyuarat Lembaga Pengarahnya.

Bagaimanapun katanya, cadangan itu tidak melibatkan sebarang perbincangan dengan pihak Menteri atau Timbalan Menteri sebelum ia dikemukakan kepada Lembaga Pengarah.

“Alhamdulilah cadangan itu telah pun ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah TH semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 1 Oktober lalu.

“Dengan penolakan ini maka tidak berbangkit lagi soal lantikannya dan saya ingin menjelaskan secara tuntas dan muktamad bahawa tidak berlaku lantikan Pengurus Besar bukan Islam tersebut sebagaimana dakwaan atau kegusaran sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam susulan tular berkaitan memo cadangan lantikan pengurus bukan Islam daripada pihak pengurusan tertinggi TH.

Menurut Ahmad Marzuk, pihak TH telah diarahkan untuk kemukakan semula cadangan pengurus besar hotel yang beragama Islam supaya lebih sesuai dengan visi dan roh institusi berkenaan.

“Saya menghargai segala komen dan pandangan masyarakat serta sentimen mereka yang gelisah dengan isu sebegini.

“Justeru, setiap agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diingatkan untuk sentiasa peka dengan tindakan yang boleh mengundang kerisauan dan keresahan rakyat,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan akan memastikan urus tadbir yang melibatkan TH kepatuhan syariah dan sensitiviti umat Islam terjamin di samping memulihkan prestasi kewangan institusi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI