fbpx

Wales goyah tanpa dua tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIGGS (kanan) berdepan krisis kecederaan pemain apabila kehilangan khidmat Bale dan Ramsey selain berdepan kemungkinan tidak dapat menurunkan Moore pada aksi berikutnya. – AFP

LONDON – Kapten Wales, Ben Davies mengakui ketiadaan dua bintang utama, Gareth Bale dan Aaron Ramsey menjadi punca pasukannya beraksi dengan lemah selepas tewas 0-3 kepada England dalam aksi persahabatan di Stadium Wembley semalam.

Pemain pertahanan Tottenham Hotspur itu percaya jika Bale dan Ramsey tidak mengalami kecederaan, kemungkinan besar mereka boleh menang aksi pemanas badan itu sebelum mengharungi aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Republik Ireland dan Bulgaria selepas ini.

“Pasukan tidak beraksi se­perti yang diharapkan dan saya tidak terkejut dengan kekalahan ini terutama apabila dua pemain terbaik, Bale dan Ramsey tidak bersama pasukan ketika ini.

“Impak Bale dan Ramsey adalah sangat besar terutama apabila mereka boleh diletakkan dalam kesebelasan mana-mana pasukan gergasi Eropah yang lain kerana mereka membawa mentaliti kemenangan.

“Namun, saya masih berbangga dengan apa yang rakan-rakan sepasukan pamerkan pada perlawanan ini kerana ini adalah kombinasi barisan pemain muda yang memerlukan pengalaman di pentas antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Wales, Ryan Giggs semakin resah apabila penyerang utama pasukan, Kiefer Moore mengalami kecederaan dan mungkin terlepas aksi bertemu dengan Republik Ireland esok.

“Moore mengalami kecede­raan pada perlawanan ini dan saya masih belum tahu sama ada ia serius atau sebaliknya. Kami akan pantau situasinya dan berharap dia sempat cergas sebelum aksi Liga Negara-Negara Eropah nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI