fbpx

UM perkenal ‘Bantuan Prihatin UM’ khusus buat pelajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster inisiatif Bantuan Prihatin UM

KUALA LUMPUR – Dalam menghadapi cabaran norma baharu, Universiti Malaya menawarkan beberapa inisiatif melalui ‘Bantuan UM Prihatin’ dalam usaha untuk meringankan beban yang dirasai pelajarnya ketika ini.

UM dalam satu kenyataan berkata, bagi memudahkan urusan pelajar sepanjang tempoh penularan pandemik Covid-19, sebuah bilik gerakan telah dibuka yang akan beroperasi 24 jam sehari diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Menurutnya, UM juga turut menyediakan rawatan dan perkhidmatan kesihatan melalui Klinik Kesihatan Pelajar UM.

“Pihak UM akan mengembalikan semula yuran penginapan, makan dan minum bagi pelajar baharu yang mendaftar serta mengikuti program UM-WOW mingguan haluan siswa secara dalam talian.

“Selain itu, pihak UM turut memulangkan kembali yuran penginapan bagi pelajar yang tidak menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),”katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihak UM akan mengurangkan yuran perkhidmatan universiti bagi tiga semester iaitu semester dua sesi 2019/2020, semester satu dan dua sesi 2020/2021.

Katanya lagi, UM turut mengurangkan bayaran yuran Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) bagi sesi 2019/2020.

“Pihak UM juga akan memberi bantuan ‘Lodging Scholarship’ sebanyak RM600 untuk 615 orang pelajar, manakala seramai 54 pelajar akan diberikan zakat khas PKP sebanyak RM700 seorang,” ujarnya.

Pada masa sama, pihak UM juga turut menyediakan bantuan ‘meal scholarship” sebanyak RM1,800 seorang untuk 921 orang pelajarnya.-K! ONLINE

“Seramai 2,000 orang pelajar turut menikmati pelan data Celcom secara percuma selain pemberian 250 buah komputer riba kepada pelajar,”katanya.

Habis..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI