fbpx
Cruz dibunuh bekas teman lelakinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka Selasa lalu. - THE SUN

‘Saya dilahirkan untuk bebas, bukan dibunuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Seorang aktivis hak asasi wanita ditemui mati dipercayai dibunuh bekas kekasihnya di bandar San Salvador de Jujuy Selasa lalu, lapor ahkbar The Sun.

Kejadian itu dipercayai berlaku beberapa minggu selepas Gabriela Abigail Cruz, 24, memuatnaik gambarnya di laman sosial dengan mesej mengutuk keganasan domestik.

“Saya dilahirkan untuk bebas, bukan dibunuh. Kami mahu hidup, menikmati kebebasan dan tanpa rasa takut,” tulis Cruz di laman Facebook September lalu.

Mesej tersebut menjadi tular di laman sosial selepas mayat mangsa dijumpai pihak berkuasa kelmarin.

Menurut pihak polis, hasil siasatan mendapati bekas teman lelaki mangsa, Matias Figueroa mengakui membunuh wanita itu selepas dia dilaporkan hilang seminggu lalu.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Sebelum kejadian, mangsa keluar rumah untuk berjumpa suspek di sebuah pusat beli-belah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.

Tambah polis, suspek yang hilang sabar dikatakan telah memukul mangsa di bahagian kepala hingga menyebabkan wanita tersebut terbunuh.

“Suspek cuba menyembunyikan mayat mangsa, namun akhirnya dia mengakui perbuatan tersebut,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN