fbpx

Petronas Yamaha SRT tidak panik – Razlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (kanan) percaya pasukan Petronas Yamaha SRT tidak terjejas meskipun ketiadaan enam jurutera yang menjalani kuarantin akibat pandemik Covid-19.

PERSIAPAN pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada saingan Grand Prix (GP) Perancis tidak terjejas meskipun terdapat seorang juruteranya didapati positif Covid-19.

Prinsipal pasukan Petronas SRT, Datuk Razlan Razali me­ngakui, mereka tetap meneruskan perlumbaan di Le Mans esok meskipun pasukannya dan ­Monster Yamaha Energy kehila­ngan enam jurutera terbaik ke­rana diperintahkan menjalani kuarantin.

Seramai lima daripada enam jurutera itu telah menjalani pemeriksaan dan didapati negatif, namun satu lagi ujian akan dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada pandemik Covid-19.

“Kita dapati hanya seorang sahaja yang dijangkiti iaitu kru yang bekerja dengan kami. Bagi saya, tiada masalah kerana sebelum ini individu terbabit pernah mempunyai masalah visa dan tidak dapat menyertai pasukan ketika itu.

“Kami berhubung dengannya menerusi sistem telekomunikasi yang direka khas oleh Yamaha. Jadi, bagi saya tiada masalah buat pasukan SRT. Keenam-enam jurutera berkenaan akan bekerja dengan kami meskipun mereka tidak berada di Perancis,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, Yamaha mengumumkan enam anggota juruteranya tidak dapat menyertai perlumbaan di Le Mans termasuk ketua projek YZR-M1, Takahiro Sumi berikutan salah seorang daripada mereka didapati positif Covid-19.

Menurut pasukan MotoGP itu, kakitangan Yamaha itu disahkan positif Rabu lalu iaitu sebelum pasukan bergerak menuju ke Le Mans. Mereka semua akan menjalani kuarantin di Andorra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI