fbpx

[VIDEO] Cabaran Empat Dara Elly Mazlein buat hal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

SEJAK Kampung People 2 disiarkan pada 17 September lalu, banyak babak dalam drama popular berkenaan menjadi tular dan ikutan ramai.

Terbaharu, babak lakonan teraju utamanya, Elly Mazlein menyanyikan lagu Empat Dara tular dalam media sosial.

Babak tersebut memaparkan watak Mona yang dipegang oleh Elly sedang membersihkan sambil menyanyi lagu tersebut sebelum disambung oleh ibunya dalam drama tersebut iaitu Adibah Noor.

Terbaharu, Elly menyanyikan semula lagu tersebut dan memuat naiknya dalam Instagram.

“Ada siapa berani masuk? Tag Kak Lina laju-laju.

“Siapa yang paling buat hal, Kak Lina bagi hadiah RM100, yang penting tiru sebiji okey,” tulisnya.

Aksi kelakar nyanyian secara meneran dengan tempo ‘ke laut’ tersebut menjadi viral sehingga ramai selebriti dan orang awam yang menyahut cabaran bekas peserta Gegar Vaganza itu untuk menyambung lagu tersebut.

Antara selebriti yang menyahut cabaran tersebut ialah Datuk Fizz Fairuz, Datuk Aznil Nawawi, Shiha Zikir dan ramai lagi peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI