fbpx
Gambar hiasan

Asrama pekerja Tropicana Golf & Country Resort kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di asrama pekerja Tropicana Golf & Country Resort di Petaling Jaya mulai 12 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diputuskan selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dalam sidang khas hari ini.

Katanya, seramai 500 individu akan terlibat dengan PKPD selama 14 hari itu yang akan berakhir pada 25 Oktober depan.

“PKPD itu dilaksanakan bagi membendung jangkitan dalam kalangan penghuni asrama pekerja serta membolehkan pengesanan secara bersasar dijalankan selama 14 hari.

“Sepanjang PKPD juga, semua prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi termasuklah larangan keluar masuk ke dalam asrama berkenaan,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

Bagaimanapun, PKPD yang dilaksanakan itu hanya melibatkan asrama pekerja sahaja dan bukannya keseluruhan kawasan Tropicana Golf & Country Resort.

“Hanya asrama pekerja sahaja yang dikenakan PKPD, manakala kawasan perumahan dan rumah kelab di situ tidak terlibat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN