fbpx

Ada Cara, tonjolkan kematangan Ismail Izzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL IZZANI

Oleh NURUL FADILA AWALUDIN

MUNCUL dengan single baharu berjudul Ada Cara, lagu tersebut menjadi buah tangan kelapan penyanyi berusia 20 tahun, Ismail Izzani.

Kemampuannya bintang baharu itu tidak disangkal selain menjadi antara Budak Baru Nak Up (BBNU) yang sedang meningkat naik.

Garapan kemas lagu ciptaannya bersama komposer Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat manakala penulisan lirik Ada Cara pula mendapat sentuhan Mohd. Ariz, Shaqiel Naufal serta Ismail sendiri.

Ketika pendengar lebih terdorong ke arah asimilasi ritma K-pop, Ismail pula mengetengahkan adunan gaya muzik padang pasir.

Mungkin pada awalnya kedengaran sedikit canggung kerana pada kebiasaan irama dari negara Asia Barat itu lebih kerap didengari dalam karya irama Malaysia.

Muzik

Namun, kekemasan susunan muzik digaul sempurna, sesuai dengan melodi lagu tersebut, sekali gus mampu berbekas di hati pendengar.

Lagu Ada Cara boleh dikatakan lengkap, sebuah karya dengan campuran muzik R&B, balada, hip hop dan rap.

RAKAMAN video muzik Ada Cara dilakukan di sebuah gereja.

Menonjolkan sisi berbeza, irama padang pasir turut disuntik di beberapa bahagian lagu namun tidak diberi penekanan berbanding pada bahagian awal dan pengakhiran lagu.

Menghayati Ada Cara juga seperti memberi pengalaman baharu dalam karya tempatan yang memiliki sentuhan semi opera persis lagu Mona Lisa Smile nyanyian Will.i.am feat Nicole Scherzinger.

Biarpun liriknya cenderung melodrama apatah lagi muzik videonya sendiri memaparkan luahan perasaan tentang perbezaan agama yang membataskan dua hati untuk bersatu, namun gaya muzik persis deep house membuatkan pendengar terpaku dan memberi ruang menghayati bait lirik lagu terbabit.

Ismail turut mempamerkan kemahiran rap yang harus diberi pujian kerana dia tidak mendapatkan khidmat pe­nyanyi rap popular seperti yang kerap dilakukan oleh penyanyi sekarang.

Tidak dinafikan bahagian rap lagu tersebut kedengaran sedikit santai berbanding rapper profesional lain. Namun percubaannya itu tetap tidak menghampakan dan mampu menyenangkan halwa telinga pendengar.

Untuk masa hadapan, Ismail mungkin perlukan lebih banyak latihan daripada rapper profesional sekiranya ingin memantapkan lagi skil nyanyian rap.

Meskipun muzik video Ada Cara mendapat ‘teguran’ peminat gara-gara menjalani penggambaran di gereja, diha­rapkan perkara tersebut tidak menafikan kemampuan lagu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI