fbpx

Saintis UM temui fosil gajah purba ‘Stegodon’ pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOSIL gigi Stegodon yang telah dikeluarkan dari dinding gua.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan saintis Universiti Malaya (UM) berjaya menemui fosil gajah purba ‘Stegodon’ pertama di Malaysia yang dianggarkan berusia sekitar 30,000 hingga 80,000 tahun di sebuah gua batu kapur di Gopeng, Perak.

Fosil tersebut ditemui pada 26 Julai lalu dan berjaya dikeluarkan dari gua terbabit pada 15 Ogos oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh saintis dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Dr. Ros Fatihah Muhammad.

Turut sama dalam penyelidkan tersebut ialah Ahli Paleontologi Vertebrat dan Zooarkeologi, Persatuan Paleontologi Malaysia, Lim Tze Tshen.

Ros Fatihah berkata, penemuan itu adalah hasil maklumat daripada kumpulan peneroka gua, ‘Kinta Valley Watch’ serta tinjauan dan kajian daripada pihaknya.

Menurutnya, kajian setakat ini menunjukkan tinggalan haiwan ini tidak ada kaitan dengan manusia purba.

“Stegodon merupakan salah satu genus Proboscidea daripada keluarga Stegodontidae yang telah lama pupus.

“Gajah purba ini berbeza dengan gajah moden Asia (Elephas maximus) yang masih wujud di Malaysia dari segi morfologi, ekologi dan taksonomi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, proses pengimejan yang dilakukan oleh dua orang pakar gigi dari Fakulti Pergigian UM, mendapati fosil tersebut berkemungkinan merupakan Stegodon yang berusia kurang dua tahun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI