fbpx

Cabaran menjual produk hasil tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR MAISARAH SHAHIRAH memasang visi untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu menjana pendapatan sendiri.

TUMBUHAN herba sejak sekian lama diketahui menjadi amalan pemakanan harian masyarakat negara ini, bukan saja untuk mengekalkan kesihatan dalaman malah sebagai petua kekal awet muda.

Halia misalnya, herba popular dengan rasa pedas, memiliki sifat perubatan dan dikatakan memberi manfaat kesihatan yang sudah digunakan sejak berzaman.

Selain itu, lemon antara buah sitrus yang kaya dengan nutrien penting diperlukan badan terutama vitamin C malah amat enak dijadikan minuman dan sedikit perahannya ke dalam masakan mampu menaikkan rasa hidangan.

Menyedari khasiat dan keistimewaan kedua-dua bahan itu mendorong Nur Maisarah Shahirah Mohd. Bistari untuk tampil dengan produk minuman Jus Halia Akhtar dan Lemon Juice Detox ciptaannya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar minuman itu.

Menurut Nur Maisarah Shahirah, ilham mengeluarkan produk itu tercetus daripada amalan meminum jus berkenaan dan turut mengakui banyak perubahan dirasakan terhadap dirinya sejak menjadikan jus berkenaan sebagai minuman harian.

“Tambahan pula saya pernah berdepan masalah berat badan tapi selepas saya amalkan minuman jus halia dan lemon ini, berat badan menurun dan orang sekeliling nampak perubahan terhadap bentuk badan saya.

“Sejak itu saya terfikir mengapa tidak saya berkongsi amalan ini dengan orang ramai khususnya wanita yang berdepan masalah sama. 

“Tidak sangka jus yang saya hasilkan mendapat sambutan menggalakkan terutama dalam kalangan wanita berkerjaya yang tidak punya banyak masa untuk menghasilkan sendiri minuman ini setiap hari.

“Tambahan pula, kedua-dua jus ini tiada campuran bahan seperti gula, garam, penambah perasa, pewarna mahupun bahan pengawet agar semua golongan boleh menjadikannya sebagai minuman harian,” katanya.

 

USAHAWAN muda kelahiran Kedah ini mampu berbangga dengan barisan produk yang dihasilkan daripada tanaman hasil tani keluaran syarikatnya.

Beroperasi di Kedah, produk jus halia yang dibotolkan untuk memudahkan pelanggan itu katanya menggunakan 100 peratus bahan semula jadi dengan bahan utama iaitu halia, lemon dan asam gelugur.

Katanya, dia menggunakan halia bentong yang dibeli secara borong dari ladang di Arau, Perlis dan halia itu dipilih kerana kandungan serat yang sangat rendah dan berisi bendalir di mana ia akan menghasilkan lebih banyak jus dan diiktiraf sebagai halia terbaik di dunia.

Manakala jus lemon dihasilkan mengikut resepi tradisi dengan kandungan buah lemon dan limau yang bermutu tinggi.

Menurut usahawan muda yang baharu menginjak usia 27 tahun itu, dia sentiasa memastikan kualiti produk pada tahap terbaik agar terus diterima ramai dan kekal relevan di pasaran.

“Sudah hampir empat tahun mengusahakan perniagaan ini, saya sentiasa menganggap cabaran dalam menghasilkan minimum produk hasil tani adalah bidang yang sangat menguji kemampuannya.

“Bila kita pilih untuk berniaga, kita kena pekakkan telinga untuk melakukan apa yang kita mahu atau apa impian yang kita hendak capai. Kalau kita jatuh atau produk kita tidak dapat sambutan, kita tetap kena teruskan dan jangan sesekali berputus asa.

“Berniaga bukan setiap hari kita untung dan bukan semestinya kita terus berjaya, tapi jangan sesekali mengalah jika belum mencapai sasaran yang kita mahu, Insya-Allah bila kita usaha mesti akan ada hasilnya nanti,” katanya.

 

SOKONGAN suami menjadi salah satu faktor untuk Nur Maisarah Shahirah terus mengecapi kejayaan dalam perniagaan.

Selain itu persaingan yang sihat daripada peniaga lain juga menyebabkan Nur Maisarah Shahirah lebih bersemangat dalam menjana idea yang lebih baik untuk menarik minat pelanggan.

Kemanisan yang dikecapi dalam perniagaan ini katanya adalah apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan yang berpuas hati hingga menjadi pelanggan tetap dan segelintirnya yang mendaftar menjadi pengedar.

“Lebih penting, kedua-dua produk ini juga dapat membantu lebih ramai peniaga lain mendapatkan pendapatan sampingan daripada hasil jualannya.

“Lebih manis apabila semakin ramai ejen yang memasarkan produk ini bukan sahaja mampu menjana pendapatan tambahan bahkan golongan suri rumah dan pelajar kini sudah ada duit poket sendiri dengan hanya menjadi pengedar jus minuman keluaran syarikat bumiputera Muslim,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI