fbpx

Aksi Kuala Lumpur dan Kuching FA dipinda ke tarikh baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI menjelaskan aksi antara Kuala Lumpur dan Kuching FA akan dipinda ke satu tarikh baharu susulan pandemik Covid-19.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan perlawanan Liga Premier melibatkan Kuala Lumpur dan Kuching FA yang dijadual berlangsung pada malam ini di Stadium Kuala Lumpur, Cheras terpaksa dipinda ke tarikh yang baharu.

Keputusan itu terpaksa dilakukan berikutan pasukan Kuching FA terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari apabila pulang ke Sarawak seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Sarawak bermula 4 hingga 18 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pasukan Kuching FA akan berdepan masalah untuk mengharungi perlawanan pembukaan Piala Malaysia bermula 25 Oktober depan jika menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Pihak MFL telah meneliti situasi Kuching FA yang memohon secara rasmi untuk meminda tarikh perlawanan dengan Kuala Lumpur dan keputusan untuk meminda tarikh perlawanan asal pada 9 Oktober (hari ini) ke tarikh yang baharu bagi memudahkan persediaan mereka menghadapi aksi Piala Malaysia.

“Dengan pindaan tarikh perlawanan ini, Kuching FA akan terus berkampung di Kuala Lumpur selepas aksi terakhir Liga Premier itu sementara menunggu perlawanan Piala Malaysia tanpa perlu pulang ke Sarawak.

“Tarikh tersebut masih belum ada tetapi kami memberi jaminan perlawanan berkenaan tetap akan berlangsung sebelum majlis undian Piala Malaysia pada 19 Oktober depan.

“Saya percaya ini akan memudahkan pergerakan pasukan dalam situasi Covid-19 yang masih melanda negara dan kami berterima kasih kepada Kuala Lumpur yang turut sepakat untuk meminda perlawanan dengan Kuching FA,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI