fbpx

Presiden KFA letak jawatan bukan sebab merajuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI akan berterusan hantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden KFA sekiranya ditolak Jawatankuasa Eksekutif KFA.

MENTERI Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor menolak dakwaan keputusannya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) disebabkan merajuk selepas dikecam berikutan isu logo dan nama pasukan yang akan digunakan Kedah pada musim depan.

Menurutnya, faktor utama beliau meletak jawatan kerana mahu memberi tumpuan 100 peratus kepada isu-isu lain di Kedah antaranya Covid-19 dan pembangunan negeri.

“Saya okey tetapi bab bola ini kalau kita cari duit untuk bayar hutang, siapa pun tak kata apa-apa, tetapi hanya sebab logo, orang jerit lebih daripada hari mahu kiamat esok.

“Semua pihak patut lebih adil dalam hal ini dan atas penilaian tersebut, saya sendiri rasa tak layak menjadi presi­den.

“Berilah pada sesiapa, malah kalau ada peminat layak jadi (presiden), sila tampil di mana mereka boleh membeli kelab bola sepak (FC) tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Sanusi sebelum ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden KFA pada 25 September lalu dan ia berkuat kuasa pada 15 Oktober ini.

Beliau turut meletakkan sasaran untuk menyelesaikan kesemua hutang KFA berjumlah RM14 juta sebelum tarikh tersebut.

Sementara itu, Sanusi ber­­kata, keputusan sama ada peletakan jawatannya diterima atau tidak akan dibuat dalam Me­s­yuarat Jawatankuasa Eksekutif KFA dalam tempoh terdekat.

“Mereka boleh terima atau to­lak peletakan jawatan itu tetapi saya harap mereka terima­ kerana kalau KFA tolak pun, saya hantar surat baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI