fbpx

Mukim Klang sahaja terlibat PKPB 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permandangan Bandar Klang yang merupakan salah satu mukim Klang yang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai tengah malam ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

PUTRAJAYA – Hanya penduduk di mukim Klang di Klang, Selangor yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari yang berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah perbincangan dibuat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selain mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Senarai kawasan yang dikenakan PKPB mulai malam ini.

“Semalam, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Klang.

“Mesyuarat bersetuju PKPB di Klang adalah di Mukim Klang. Ini tidak termasuk (mukim) Kapar,” katanya pada sidang akhbar di FB Live Kementerian Pertahanan hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan penduduk di Klang, Selangor dan Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah diarah untuk menjalani PKPB selama 14 hari selepas dikategorikan sebagai zon merah kerana mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI