fbpx

KPDNHEP Selangor akui ada pembelian panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli barangan keperluan harian bagi menghadapi PKPB Klang mulai tengah malam ini.

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlakunya pembelian panik di kalangan penduduk di daerah Klang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya hari ini menerima laporan berkaitan sikap pembelian tersebut di pasar raya khususnya bagi barangan keperluan harian.

Katanya, bagaimanapun pemantauan telah dilakukan dan mendapati stok bekalan seperti beras, minyak dan gula adalah mencukupi.

“Pembelian panik memang berlaku sejak peningkatan kes Covid-19 dua minggu lepas dan kita kerap melakukan pemeriksaan agar bekalan sentiasa ada.

“Pihak industri juga telah menbuat tindakan awal dalam menambah stok mereka demi kepentingan pelanggan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak bimbang berhubung bekalan keperluan harian berkenaan.

Muhamad Zikril menegaskan, pemantauan harian sentiasa dilakukan pihaknya dalam mengesan mana-mana individu atau syarikat yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan atau menyorokan bekalan demi mengaut keuntungan terutama pada PKPB ini.

“Mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Jika sabit kesalahan boleh denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi orang perseorangan manakala pertubuhan perbadanan atau syarikat akan dikenakan denda sebanyak RM500,000,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI