fbpx

Aksi cemerlang penjaga gol Helang Merah dapat pujian Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN cemerlang Azri mendapat pujian melangit daripada Aidil selepas aksi menentang Melaka United pada Isnin lalu.

AKSI mantap yang ditampilkan penjaga gol muda Kedah, Muhammad Azri Ghani ketika menang 1-0 ke atas Melaka United pada aksi Liga Super Isnin lalu mendapat pujian ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Helang Merah berjaya memintas Perak untuk kembali berada di kedudukan kedua dengan perbezaan satu mata.

Aksi Kedah dan Perak Ahad ini pastinya menarik memandang­kan kedua-duanya akan membuat perhitungan bagi merebut slot ke Piala AFC selaku naib juara Liga Super.

Aidil mengakui lega apabila berjaya mengutip tiga mata pada aksi menentang Melaka selain mengakui aksi tangkas Azri ba­nyak selamatkan pasukannya.

“Saya sangat gembira dengan tiga mata yang diperoleh. Sebenarnya bukan mudah untuk tewaskan Melaka yang sentiasa beri tekanan tinggi kepada kami.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengekang asakan mereka di­sebabkan aksi tangkas Azri serta benteng pertahanan. Dia banyak menyelamatkan percubaan berbahaya,” kata Aidil.

Mengulas aksi terakhir menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh Ahad ini, jurulatih dari Si­ngapura itu berharap pemainnya mendapatkan rehat mencukupi bagi memastikan kecergasan berada pada tahap terbaik.

“Aksi menentang Perak sa­ngat penting kerana ia adalah aksi terakhir liga serta penentuan ke Piala AFC. Saya harap semua pemain dapatkan rehat secukup­nya menjelang perlawanan itu nanti,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI