fbpx

Wanita lacur diri RM300 sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis rampas barang yang digunakan suspek untuk aktiviti pelacuran.

PETALING JAYA – Kegiatan seorang wanita menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM300 sejam terbongkar selepas pihak polis menahannya di Kondominium Palm Spring, Kota Damansara di sini semalam.

Bertindak atas maklumat sepasukan polis menahan wanita Indonesia berusia 32 yang berstatus pemastautin tetap itu pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil siasatan mendapati suspek mencari pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan persundalan menerusi aplikasi MiChat.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, pihak polis menemui empat keping kondom, minyak pelincir, tisu dan tuala yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran. Turut dirampas sebuah telefon bimbit.

“Siasatan lanjut juga mendapati, suspek menawarkan khidmat pelacuran dengan kadar RM300 setiap satu jam,” katanya.

Menurutnya, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI