fbpx

Operasi Pos Malaysia di Sabah alami kelewatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) di Sabah akan mengalami kelewatan berikutan penularan pandemik Covid-19 di negeri itu.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kelewatan itu membabitkan penghantaran bungkusan serta mel ke Sabah dan pengeposan keluar dari negeri tersebut.

“Kerajaan telah melaksanakan kawalan di seluruh negeri Sabah dan penghantaran barangan dijangka akan mengalami kelewatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada masa sama, Pos Malaysia memaklumkan, mel dan bungkusan masuk (domestik dan antarabangsa) ke Sandakan akan ditangguh buat sementara waktu sehingga diumum kelak.

Jelas mereka, tindakan itu susulan arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menutup operasi pejabat Pos Sandakan sebagai langkah waspada.

“Kawasan yang terjejas adalah dalam lingkungan poskod 90000 hingga 90799,” kata Pos Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI