fbpx

Najis tikus, lipas dalam dapur gerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noorhaida menunjukkan tompokan najis lipas dan tikus ditemui dalam kabinet dapur di sebuah kedai makan di sekitar bandar di sini.

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR – Tompokan najis tikus dan lipas ditemui dalam kabinet dapur selain serangga perosak dilihat turut berkeliaran di sekitar lantai serta dinding kedai.

Itu antara kesalahan serius dikesan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar ketika Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih Siri 8/2020, di sini, semalam.

Menurut Pegawai Kanan Kesihatan Daerah, Dr. Noorhaida Ujang, kegagalan terhadap aspek kebersihan menyebabkan dua buah kedai makan di sekitar bandar dan Bukit Pasir yang menjadi tumpuan pengunjung diarahkan tutup serta-merta.

Beliau berkata, antara kesalahan lain dikesan adalah kegagalan pekerja menjalani suntikan anti-thypoid serta tidak memakai kasut bertutup dan penutup kepala.

“Kita tidak menolak kemungkinan besar kehadiran serangga dan haiwan perosak di dapur kedai adalah berikutan penutupan operasi sebelum ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk pengusaha kedai memandang remeh dalam aspek kebersihan. Mereka seharusnya memastikan premis berada dalam keadaan baik kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai dalam aktiviti penyajian makanan,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, sebanyak 39 buah premis diperiksa dimana empat daripadanya diarahkan tutup berikutan keadaan kotor selain kecuaian pengusaha gerai meletakkan bahan mentah di lantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI