fbpx

Jualan istimewa Passat pada 10, 11 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan acara jualan Passat Elegance pada 10 dan 11 Oktober depan bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Menurut Volkswagen dalam satu kenyataan, acara itu akan diadakan di semua bilik pamerannya serta secara online mengikut laman media sosial pengedar mereka.

“Pengedar akan menggunakan media sosial mereka untuk berkongsi maklumat tentang acara jualan itu.

“Pelanggan juga boleh berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada konsultan jualan menerusi Facebook Live,” katanya.

Menurutnya, pelanggan yang membuat tempahan Passat Elegance sepanjang acara itu boleh mendapat rebat RM2,000 selain rebat sedia ada, menjadikan jumlah rebat layak diterima mereka RM4,000.

“Rebat tambahan itu adalah bagi model Passat sahaja, iaitu Passat Elegance, Passat UNITED dan Passat R-Line yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI