fbpx

JPN Johor nafi sekolah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri Johor menafikan khabar angin bahawa sebuah sekolah jenis kebangsaan di Seelong, Kulai diarahkan tutup bermula hari ini selepas salah seorang warganya positif Covid-19.

Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Saari berkata, berita yang tular sejak tengah hari tadi itu adalah tidak benar dan disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Katanya, penyebaran berita itu telah mencetuskan panik di dalam kalangan ibu bapa dan orang ramai sekitar sekolah terlibat.

“Tiada mana-mana sekolah di negeri ini yang ditutup berikutan penularan wabak Covid-19 setakat ini.

“Hanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan yang mempunyai kuasa membuat keputusan penutupan mana-mana sekolah termasuk di negeri ini dan setakat ini tiada arahan penutupan yang dikeluarkan dua agensi berkenaan di Johor, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada hari ini, tular sebuah sekolah jenis kebangsaan di media sosial telah ditutup dan menyebabkan ramai penduduk sekitar kawasan berkenaan panik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI