fbpx

Tuah milik Choupo-Moting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOUPO-MOTING (tengah) berjaya meraih tiga gelaran domestik iaitu Ligue 1, Piala Liga Perancis dan Piala Perancis bersama PSG pada musim lalu. – AFP

MUNICH – Tiada siapa menjangka pasukan seperti juara Eropah, Bayern Munich berminat dengan Eric-Maxim Choupo-Moting iaitu bekas penyerang Stoke City yang pernah tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, itulah hakikatnya apabila juara Bundesliga lapan musim berturut-turut itu dilaporkan semakin hampir untuk mengikat kontrak dengan Choupo-Moting, 31, secara percuma.

Kredit harus diberikan kepada ejen Choupo-Moting iaitu Agensi Sukan ROGON dari Jerman kerana bukan sekali tetapi dua kali berjaya merealisasikan urusan perpindahan yang dilihat mustahil.

Ini kerana, selepas tersingkirnya Stoke daripada EPL, penyerang Cameroon itu disambar gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) secara percuma dari 2018 hingga 2020.

Bukan sahaja bermain 51 perlawanan dalam semua kejohanan tetapi Choupo-Moting turut meledak gol kemenangan PSG menewaskan Atalanta 2-1 untuk mara buat kali pertama ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Memandangkan kontraknya tamat dengan PSG pada Ogos lalu, Bayern mengambil kesempatan tersebut dengan mendapatkan Choupo-Moting yang dilihat mampu menjadi pemain sokongan kepada jentera serangan skuad kendalian Hansi Flick itu.

Tidak mustahil dua atau tiga musim selepas ini, Choupo-Moting berpeluang pula untuk menyarung jersi kelab yang kaya dengan sejarah bola sepak Sepanyol seperti Real Madrid dan Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI