fbpx

Pelajar asrama dan kolej vokasional boleh pulang bermalam, dilawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua murid di sekolah berasrama dan kolej vokasional dibenarkan untuk pulang bermalam pada hujung minggu atau cuti umum mulai 9 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun kebenaran itu perlu mengikut jadual dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan kolej vokasional KPM.

“Kebenaran itu tertakluk kepada kekerapan sekali sahaja dalam tempoh antara empat hingga enam minggu mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan.

“Mulai 9 Oktober, ibu bapa serta waris juga dibenarkan memasuki premis sekolah dan kolej vokasional pada hujung minggu dan cuti umum untuk bertemu murid tertakluk kepada SOP yang ditetapkan,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, kebenaran itu tidak terpakai untuk murid yang ingin pulang bermalam di rumah mereka yang berada dalam kawasan zon merah.

“Ibu bapa serta waris yang berada dalam zon merah juga tidak dibenarkan untuk bertemu murid di asrama sekolah atau di kolej vokasional.

“Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam norma baharu yang telah dikemas kini boleh diakses di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI