fbpx

Jentera penyelenggaraan terkandas punca gangguan Monorel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta kerja telah tersekat pada suis keempat di rel ketika memasuki depot pada pukul 4.35 pagi tadi. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Rapid Rail yang terganggu awal pagi tadi adalah disebabkan sebuah kereta kerja yang tersekat di landasan kereta api ketika dalam perjalanan pulang ke depot monorel di Brickfields di sini.

Rapid Rail Sdn. Bhd dalam satu kenyataan memohon maaf atas kesalahan teknikal pada perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur (Monorel KL) yang menyebabkan perkhidmatan tergendala untuk semua kereta api monorel pagi tadi.

“Kereta kerja adalah kenderaan penyelenggaraan yang dihantar setiap malam untuk memeriksa dan menyelenggara kereta api.

“Sebuah kereta kerja telah tersekat pada suis keempat di rel ketika memasuki depot pada pukul 4.35 pagi menyebabkan semua kereta api penumpang lain tidak dapat melalui laluan masing-masing,” katanya.

Katanya, ketika usaha membaik pulih kereta kerja tersebut sedang dijalankan, pengumuman kepada penumpang telah dibuat di semua stesen di dalam tren serta di jaringan media sosial Rapid KL.

“Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan Monorel KL telah dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif lain. Kakitangan Rapid KL juga telah mengawal pergerakan dan membantu penumpang untuk mengelak kesesakan di platform.

“Perkhidmatan mula beroperasi dengan tren pertama pada pukul 7.57 pagi, dan kembali pulih sepenuhnya kira-kira pukul 9.42 pagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI