fbpx

Enam jahitan di bibir angkara suami cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bibir mangsa yang luka selepas ditumbuk suaminya kelmarin.

Ole AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang wanita me­nerima enam jahitan di bibir dan bengkak di muka selepas ditumbuk suaminya yang dipercayai hilang pertim­bangan kerana cemburu dalam kejadian di Taman Kemuning di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, mangsa yang ber­usia 45 tahun turut dipukul de­ngan plat besi di belakang badan.

Mangsa yang terpaksa menahan sakit menunggang motosikal sejauh empat kilometer ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Ha­shim berkata, kejadian di­percayai berlaku apabila suami mangsa yang berusia 48 tahun menumbuk muka wanita itu sebaik memasuki rumah dipercayai kerana cemburu.

“Suspek yang menganggur mengambil plat besi dan memukul pula belakang badan isterinya,” katanya

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek di lokasi kejadian dan mene­mui besi yang digunakan untuk memukul mangsa.

Kepingan besi yang dipercayai digunakan oleh suspek dirampas bagi membantu siasatan.

Siasatan mendapati pasangan itu yang memiliki seorang anak perempuan kerap bergaduh dan mangsa kerap dipukul dipercayai kerana cemburu.

Suspek mempunyai satu rekod jenayah kes mencuri direman empat hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326A Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI