fbpx

Claudia Kim timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CLAUDIA KIM

AKTRES yang menempa nama menerusi beberapa buah filem Hollywood, Claudia Kim dilaporkan selamat melahirkan bayi sulungnya baru-baru ini.

Claudia atau nama sebenarnya Kim Soo-hyun menerusi Instagramnya pada 1 Oktober lalu, mendedahkan dia menerima kehadiran seorang bayi perempuan yang menjadi pelengkap keluarga kecilnya.

Claudia turut memuat naik sekeping gambar memegang tangan kecil bayinya yang baru dilahirkan dengan menulis kapsyen ringkas: “Dia sempurna.”

Biarpun agensinya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, peminat tetap yakin bahawa aktres itu selamat melahirkan bayi perempuan seperti yang ditulisnya menerusi kapsyen tersebut.

Claudia mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan berdarah campur Korea-Amerika dikenali sebagai Cha Min-geun pada Disember tahun lalu.

Pada April lalu, pelakon yang juga merupakan model itu mendedahkan sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama Min-geun.

Claudia pernah membintangi beberapa buah filem Hollywood seperti Avengers: Age of Ultron dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI