fbpx

Larang Individu bergejala Covid-19 masuk premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemilik premis diminta memastikan pengunjung bergejala Covid-19 atau berisiko tinggi dijangkiti wabak itu tidak dibenarkan memasuki premis masing-masing.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, pemilik premis perlu memastikan pengunjung melakukan saringan suhu badan dan mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya tidak dapat menyediakan kod QR, pastikan pengunjung merekodkan kehadiran di dalam buku,” kata kenyataan itu hari ini.

KKM berkata, orang ramai pula dinasihati membuat penilaian risiko Covid-19 dari semasa ke semasa dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itu.

Peringatan itu dikeluarkan selepas sebanyak 317 kes baharu Covid-19, yang melibatkan penularan dalam negara dilaporkan semalam menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi direkodkan Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI