fbpx

Kes denggi di Johor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan tempat pemusanahan denggi dibuat di premis kediaman dan kedai di Taman Perling, hari ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Bilangan kes denggi di negeri ini mencatatkan penurunan iaitu 261 kes berbanding 279 kes pada minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu berkata, bilangan kes denggi menunjukkan trend penurunan sejak Kempen Johor Perangi Denggi 2020 dilancarkan pada 23 Ogos lalu.

Beliau berkata, salah satu pendekatan bagi mencapai kejayaan tersebut adalah dengan meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang membiak Aedes menerusi Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI).

Katanya, OPPI merupakan aktiviti utama yang dijalankan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 untuk memastikan masyarakat peka dan sama-sama bertanggungjawab menghentikan penularan denggi.

“OPPI merupakan operasi bersepadu melibatkan agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

“Sekiranya terdapat atau dijumpai pembiakan jentik-jentik di premis kediaman, maka kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan. Sekiranya gagal membayar kompaun, boleh didenda di mahkamah maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aman berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak 9,396 kes denggi dilaporkan dengan 35 kematian akibat denggi.

Katanya, sejak semalam pihak Jabatan Kesihatan negeri telah mengadakan aktiviti OPPI di kawasan wabak denggi di Taman Perling yang merekodkan 219 kes denggi dari awal tahun hingga 26 September lalu.

“Dalam operasi yang dijalankan melibatkan seramai 177 anggota kesihatan hari ini, sebanyak 1,507 premis telah diperiksa dan 20 daripadanya didapati mempunyai bekas pembiakan jentik-jentik.

“Di persekitaran awam pula, sebanyak 25 tempat pembiakan ditemui di antaranya di bekas-bekas plastik dan pasu bunga yang terbiar. Sebanyak 1461 bekas yang berpotensi untuk pembiakan turut dijumpai,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI