fbpx

3.87 tan ayam sejuk beku seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan ayam sejuk beku seludup yang berjaya dirampas PGA Batalion 7 selepas menahan sebuah lori di jalan Lubok Jong, Pasir Mas malam tadi

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas ayam sejuk beku bernilai RM38,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Lubok Jong di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, bertindak berdasarkan maklumat, sepasukan anggota PGA yang sedang melakukan rondaan telah mengesan sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan dikawasan Lebuhraya Rantau Panjang – Pasir Mas pada pukul 7.30 malam.

Katanya, anggota PGA terus mengekori dan kemudian berjaya menahan lori itu di jalan Lubok Jong dekat sini.

“Penahanan lori itu membawa kepada penemuan ayam sejuk beku seberat 3.87 tan yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen sah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nombor pendaftaran lori tidak sama seperti maklumat yang dikemukakan di dalam dokumen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Azhari, siasatan awal mendapati, ayam sejuk beku itu dibawa masuk melalui Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Jelas beliau, ayam-ayam itu dibawa masuk tanpa membuat pengistiharan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Kita turut menahan pemandu serta kelindan lori berusia 23 dan 34 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori yang digunakan untuk aktiviti menyeludup itu dianggarkan berjumlah RM148,700,” katanya.

Kes disiasat mengikut Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI