fbpx

Tangan pekerja zoo putus dibaham singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video yang menunjukkan tangan Abdoulaye dibaham singa. - FACEBOOK

DAKAR, SENEGAL – Seorang lelaki menerima padah apabila tangannya dibaham seekor singa di sebuah zoo di bandar itu ketika cuba membelai haiwan ganas tersebut dalam satu insiden yang berlaku 23 Februari lalu.

Menurut Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Abdoulaye Wade, yang juga salah seorang pekerja di zoo tersebut pada mulanya cuba menarik perhatian pengunjung dengan cuba membelai singa itu.

Situasi menjadi tidak terkawal apabila perbuatan Abdoulaye mengacah-acah singa tersebut berakhir dengan raja rimba itu membaham pergelangan tangannya sehingga hampir putus dua.

Rakaman video insiden itu yang tular selepas dimuatnaik di laman YouTube Buzz Senegal baru-baru ini mengundang kritikan pengguna terhadap perbuatan yang dianggap tidak beretika tersebut.

“Anda tidak perlu mengacau seekor singa yang sedang tidur,” tulis salah seorang pengguna.

“Terima kasih, wahai singa. Dia mahu tunjuk hebat dan dia mendapat ganjarannya,” komen seorang pengguna lain.

Akibat kemalangan itu, Abdoulaye diberikan pilihan oleh doktor sama ada mahu menyambung semula pergelangan tangannya atau memotong terus cebisan tangannya.

Bekas anggota tentera itu memilih memotong pergelangan tangan kerana tidak sanggup menjalani proses pemulihan yang mengambil masa sehingga bertahun-tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI