fbpx

Penonton tertukar dengan Zizi Kirana, Sissy Imann tak kecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISSY IMANN

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR – “Sumpah saya tidak kecil hati walaupun wanita itu tidak mengenali saya. Saya puji sifat budimannya yang bercakap dengan nada baik walaupun buat silap,” demikian kata penyanyi Sissy Imann berhubung tindakan peminat yang tertukar memanggil dirinya sebagai Zizi Kirana.

Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil mengulas lanjut mengenai insiden lucu yang dialami sewaktu memenuhi undangan program Malaysia Hari Ini (MHI) pada Selasa lalu bagi mempromosikan single terbaharu berjudul Bisa Mencinta.

Dalam program tersebut, seorang pemanggil wanita yang dikenali Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak telah menghubungi MHI untuk bertanyakan soalan kepada penyanyi berusia 24 tahun itu.

Bagaimanapun, wanita itu telah tersilap memanggil Sissy sebagai Zizi Kirana iaitu penyanyi lagu EH yang turut menjadi lagu kesukaannya.

Sissy tidak melenting apabila peminat memanggil dirinya Zizi Kirana.

“Saya tak salahkan pemanggil itu. Sebenarnya kalau bukan dalam rancangan siaran langsung, saya pernah alami perkara sama apabila orang tersilap memanggil saya dengan nama penyanyi lain dan keliru dengan lagu nyanyian saya.

“Bezanya insiden baru-baru ini berlaku dalam siaran langsung. Reaksi saya ketika itu juga sangat spontan walaupun sebenarnya susah nak tahan ketawa.

“Mungkin dia teruja panggilannya berjawab. Saya faham bukan senang untuk menembusi panggilan telefon, lebih-lebih dalam program bual bicara seperti MHI.

“Janganlah kecam kakak itu sebab pada saya, dia masih cakap yang baik-baik dan pada akhir perbualannya, dia sempat ucapkan selamat maju jaya pada saya,” tutur Sissy kepada Kosmo Online. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI