fbpx

Iklan Turn Me On Astro berbaur lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKLAN Astro yang didakwa netizen sebagai berbaur lucah.

SETIAP jenama pasti ada cara tersendiri bagi mempromosikan produk mereka. Tidak kiralah produk itu dipersembahkan dengan cara positif atau negatif.

Beberapa hari lalu, Astro menarik perhatian umum menerusi iklan terbaharunya, Turn Me On.

Secara ringkas, iklan itu mempromosikan beberapa produk keluaran Astro seperti On Demand, On Channels dan On The Go.

Bagaimanapun, ramai yang mengkritik lirik dan pendekatan lakonan pelakon dalam iklan tersebut kerana memaparkan beberapa aksi yang dianggap lucah.

Antara babak yang dikritik kerana dilihat seperti mempromosikan mesej lucah ialah ketika pelakon wanita menjilat jari, meramas kain dan kereta bergoyang.

Melihat ruangan komen, ramai netizen mahu iklan ini ditarik balik kerana tidak sesuai ditonton oleh anak-anak kecil.

Video tersebut boleh ditonton menerusi akaun YouTube rasmi Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI