fbpx

Bukan memikat ayam hutan tetapi memburu kijang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selaras senapang dan tiga butir peluru yang dirampas dipercayai digunakan dalam kejadian sehingga mencederakan seorang buruh binaan di Kampung Besul Lama, Bukit Besi di Dungun.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Siasatan mendapati buruh binaan yang cedera di bahagian pinggang terkena tembakan di Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat sini pada minggu lalu sebenarnya tidak menjinak ayam hutan seperti didakwa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebaliknya mangsa, Mohd. Suhaimi Damuri, 34, bersama saudara lelakinya sedang memburu kijang di kawasan hutan simpan tersebut sewaktu kejadian.

“Suspek berusia 50 tahun itu membuat pengakuan berkenaan ketika disoal siasat setelah ditahan untuk membantu siasatan pada kelmarin.

“Dia juga mengaku tertembak mangsa (Mohd. Suhaimi) selain menunjukkan lokasi kejadian dan tempat senapang digunakan telah disorokkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, polis turut merampas selaras senapang dan tiga butir peluru yang dipercayai digunakan sewaktu kejadian.

Kosmo! Ahad pada 27 September lalu melaporkan Mohd. Suhaimi sedang memikat ayam hutan cedera pada bahagian pinggang kanan apabila terkena peluru sesat di Kampung Besul Lama.

Dia yang stabil kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mengeluarkan serpihan peluru berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI