fbpx

Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maizatul Akmam

SHAH ALAM – Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datin Maizatul Akmam Alawi @ Ad Badawi disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19) dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Sabah.

Difahamkan beliau telah disahkan dijangkiti dengan pandemik tersebut ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.

Hari ini, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad juga didapati positif Covid-19 selepas ujian kedua dilakukan pada Rabu lepas.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik yang turut disahkan positif Covid-19 ialah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii.

Selain itu, turut positif ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof dan Exco Pertanian, Industri dan Asas Tani negeri Kedah, Azman Nasaruddin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI