fbpx

Selangor Mega Job Fair 2020 ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Selangor Mega Job Fair yang dijangka berlangsung selama dua hari bermula esok ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd.Khairuddin Othman berkata, penundaan itu susulan peningkatan kes Covid-19 yang menimbulkan keresahan banyak pihak.

Katanya, ini juga selepas mendapat nasihat pandangan dan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC).

“Kerajaan Negeri setiap saat mengikuti perkembangan semasa berkaitan peningkatan kes kumulatif Covid-19 di Selangor kepada 2,007 kes tempatan termasuk 13 kes baharu di dalam negeri ini.

“Justeru, karnival kerjaya it yang akan dijadualkan diadakan Pusat Konvesyen Shah Alam selama dua hari bermula esok ditunda, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan pihaknya telah menerima 8,150 pendaftaran secara dalam talian setakat ini berhubung karnival itu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Sebanyak 24,500 jawatan ditawarkan daripada lebih 60 buah syarikat kepada pencari kerja di Selangor.

Karnival kerjaya yang akan diadakan di seluruh daerah Selangkr itu dimulakan di
Pusat Konvesyen Shah Alam dengan menyasarkan 15,000 pengunjung dan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI