fbpx

Polis tahan pelajar lelaki rakam aksi tidak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambr hiasan.

Oleh ASLIZA MUSA

KAMPAR – Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun semalam selepas video yang memaparkan kelakuan tidak senonohnya bersama teman wanita tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, remaja yang masih bersekolah itu ditahan pada pukul 11.30 malam untuk siasatan lanjut.

Katanya, tangkapan itu susulan laporan polis yang diterima berkaitan video memaparkan perlakuan tidak senonoh seorang perempuan yang merupakan pelajar bersama seorang lelaki di mana rakaman berkenaan telah tular.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 September lalu pada pukul 6.30 pagi di mana remaja perempuan itu mengajak teman lelakinya yang juga merupakan pelajar sekolah masuk ke dalam rumah.

“Kedua-dua remaja itu kemudiannya membuat satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat yang memaparkan mereka melakukan seks oral dengan berpakaian seragam sekolah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan berusia 13 tahun itu telah berkongsi rakaman video itu dengan beberapa rakan sekelas melalui WhatsApp.

Katanya, tindakan itu menyebabkan rakaman video tersebut tular di media sosial dan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

“Rakaman tersebut dipercayai dibuat oleh kedua-dua pelajar itu tanpa melibatkan orang ketiga.

“Siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memiliki, menyebar atau berkongsi rakaman video tersebut kerana merupakan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI