fbpx

PSG hilang khidmat Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (tengah) terpaksa menerima rawatan ketika menentang Reims dalam aksi Ligue 1 baru-baru ini yang menyaksikan PSG menang 2-0. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar di­sahkan mengalami kecederaan betis ketika membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Reims pada aksi Ligue 1 di Stade Auguste-Delaune baru-baru ini.

Justeru, khidmat Neymar berkemungkinan besar terpaksa dilupakan menjelang perlawanan liga seterusnya menentang Angers di Parc des Princes pada Sabtu ini berdasarkan keputusan daripada hasil pemeriksaan pasukan perubatan PSG.

“Neymar mengalami kecede­raan betis dan mungkin perlu direhatkan untuk pertembu­ngan menentang Angers. Keputusan rasmi hanya akan diketahui sehari sebelum perlawanan,” me­nurut kenyataan rasmi daripada PSG.

Sementara itu, ketua jurulatih PSG, Thomas Tuchel berharap kecederaan dialami penyerang antarabangsa Brazil tersebut tidak serius sekali gus membolehkannya kembali beraksi dalam masa terdekat.

“Saya lihat dia (Neymar) tidak selesa selepas aksi menentang Reims. Saya harap keputusan imbasan yang bakal dilakukan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia perlu berehat panjang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, PSG turut mengesahkan pemain pertahanan, Juan Bernat sudah selamat menjalani pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan Anterior Crucia­te Ligament (ACL) awal bulan lalu.

“Bernat kini dalam proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan di Hospital Pitie Salpetriere awal minggu ini. Dia dijangka terlepas daripada aksi bersama skuad utama sehingga penghujung musim ini,” jelas Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI