fbpx

Mourinho ‘basuh’ bekas anak didik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO (kiri) berperang mulut dengan Lampard (kanan) dalam aksi yang menyaksikan Spurs menang 5-4 ke atas Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Kejayaan Tottenham Hotspur menewaskan Chelsea 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar pada aksi Piala Liga awal pagi semalam dicemari dengan insiden pertelagahan antara kedua-dua pengurus kelab berkenaan.

Pengurus Spurs, Jose Mou­rinho dilihat berperang mulut dengan pengendali Chelsea, Frank Lampard di tepi padang sewaktu separuh masa kedua perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur itu.

Mourinho, 57, menegaskan, beliau berbuat sedemikian ke­rana mahu memberi nasihat kepada Lampard, 42, supaya memberikan lebih sokongan kepada pasukan sendiri, bukannya berniat untuk menyindir bekas anak didiknya itu.

“Saya cuma memberi nasihat kepada Lampard dari sudut pandangan seorang jurulatih lama kepada jurulatih berbakat muda seperti dirinya.

“Pemain-pemainnya memerlukan sokongan ketika mereka sedang ketinggalan 0-3 kepada West Brom baru-baru ini. Namun, Lampard cuma duduk termenung dan bersedih di atas kerusinya ketika itu.

“Apabila pasukan sedang mendahului perlawanan, kita tidak perlu terlalu beria-ria di tepi padang. Lebih baik kita tenang dan terus memberi sokongan kepada pasukan tidak kira ketika menang atau tewas,” katanya.

Selain insiden itu, turut mencuri perhatian ialah situasi menghiburkan pemain pertahanan Spurs, Eric Dier terpaksa me­ninggalkan padang buat seketika kerana perlu ke tandas ketika perlawanan berbaki 10 minit lagi untuk tamat.

Sebagai rekod, Spurs mara ke peringkat seterusnya ekoran ke­gagalan pemain tengah Chelsea, Mason Mount menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas terikat 1-1 menerusi jaringan babak pertama Timo Werner dan Erik Lamela di separuh masa kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI