fbpx

Penganggur maut, motosikal rempuh Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal SM Sport dan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Gaung - Teris berhampiran Kampung Padang Setengge, Kuala Berang di Hulu Terengganu semalam.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Seorang penganggur maut selepas motosikal jenis SM Sport yang dinaiki merempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 1, Jalan Gaung – Teris berhampiran Kampung Padang Setengge, Kuala Berang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa,  Shamsul Azman Sidek,36, yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata,
sewaktu kejadian, Shamsul Azman yang menunggang motosikal SM Sport dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang Setengge.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang guru wanita di laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala selepas tercampak dari motosikalnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, Shamsul Azman yang tidak bekerja telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ.

Menurut beliau, lelaki itu meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HSNZ pada pukul 10.10 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI