fbpx

Rampas arak seludup bernilai hampir RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 36 tahun yang ditahan Batalion 5 PGA kerana membawa arak seludup bernilai hampir RM40,000.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki membawa kenderaan yang penuh dengan muatan arak seludup berjaya dikesan pihak berkuasa apabila suspek ditahan di Tanjung Kupang dekat sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 3.30 petang.

“Sepasukan polis dari Batalion 5 PGA menahan kenderaan jenis Proton Saga FLX dipandu suspek di Jalan Forest City Golf Course, Tanjung Kupang.

“Pemeriksaan dibuat menemukan sejumlah 1,609 botol dan tin arak seludup dianggarkan bernilai RM38,953,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, tangkapan dan rampasan arak seludup dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

“Manakala Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Kami turut menyeru kerjasama orang awam untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di kawasan mereka,” tambahnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI