fbpx

Makmal mini proses dadah dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Chern (tengah) meneliti kelengkapan memproses dadah yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Polis berjaya membongkar kewujudan sebuah makmal mini pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Nibong Tebal di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis turut menahan seorang lelaki dan wanita tempatan yang berusia 35 dan 29 tahun dalam operasi terbabit.

“Kedua-duanya memiliki kemahiran mencampurkan serbuk dadah bersama pelbagai perisa serta pewarna yang akan dibancuh menjadi minuman.

“Kita turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin, syabu, MDMA dan pil Yaba yang dianggarkan bernilai RM37,752,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kerja pemprosesan dadah yang akan dijual di sekitar bahagian pulau.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI