fbpx

Arul bakal umum senarai pemain Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL (kanan) mahu anak-anak buahnya merebut peluang terbaik untuk menguji tahap keupayaan masing-masing beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi selepas lebih 10 minggu menjalani latihan kesesuaian fizikal.

KETUA jurulatih skuad hoki senior lelaki negara, Arul Selvaraj sudah mempunyai bayangan senarai pemain untuk terpilih mewakili pasukan kebangsaan yang akan diumumkan pada Khamis ini.

Arul mendedahkan, beliau akan menyenaraikan beberapa muka baharu yang tidak pernah terpilih menyertai Malaysian Tigers berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan sepanjang saingan Piala Tun Abdul Razak yang berakhir kelmarin.

“Pemilihan pemain tidak memeningkan kepala kerana saya dapat apa yang saya mahukan. Saya akan panggil seramai boleh, apa-apa pun tunggu kerana kita akan mengumumkannya Khamis ini.

“Saya lebih suka pemain-pemain bersikap positif dan bekerja keras untuk pasukan. Satu atau dua muka baharu yang tidak dikenali akan diumumkan nanti,” katanya selepas tamat aksi final Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Nama-nama yang pernah digugurkan oleh bekas pengendali skuad negara sebelum ini seperti penjaring terbanyak Piala Tun Abdul Razak dengan 18 gol dari Terengganu, Faizal Saari berkemungkinan besar akan tersenarai semula kali ini.

Bekas penyerang Malaysian Tigers itu telah membuktikan kesungguhannya untuk kembali menyarung jersi kebangsaan selepas berjaya membantu Terengganu muncul naib juara setelah tewas 2-4 kepada Perak pada aksi final kelmarin.

“Pendekatan saya berbeza kerana selain skil dan kemahiran hoki, saya juga mahu melihat tanggungjawab serta persembahan di atas padang.

“Saya nampak kemahuan dia (Faizal) mahu bermain semula untuk skuad kebangsaan. Kita tunggu Khamis ini,” jelas Arul yang pernah mengemudi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menjuarai Liga Hoki Malaysia tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI