fbpx

10 cedera terlibat dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berhampiran Taman Pudu Hulu di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan berhampiran Taman Pudu Hulu di sini hari ini.

Kemalangan pukul 2 petang itu membabitkan sebuah lori, kenderaan utiliti sukan jenis Kia Sportage, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza dan sebuah lagi kereta.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.08 petang sebelum enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kita dapati, seorang pemandu lori berada dalam keadaan separa sedar dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.

“Baki sembilan mangsa membabitkan penumpang dan pemandu tiga kenderaan lain mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.44 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI