fbpx

Mirnawan pengurus baharu Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINARWAN (kiri) telah dilantik sebagai pengurus baharu Malaysian Tigers berkuat kuasa hari ini.

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melantik legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi sebagai pengurus skuad senior lelaki kebangsaan berkuatkuasa hari ini.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pelantikan itu selepas tamat Mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif badan induk hoki itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

“Sudah tiba masanya kita kembali ke era dahulu di mana ikon hoki atau bekas pemain kebangsaan diberi tanggungjawab untuk mengemudi skuad negara.

“Kita pernah menggunakan sistem jurulatih merangkap pengurus tetapi ia tidak begitu memberi kesan positif kerana masing-masing mempunyai tugas dan peranan yang berbeza.

“Mirnawan akan bekerjasama dengan Arul (Selvaraj) untuk mengemudi pasukan kebangsaan sehinggalah kelayakan Olimpik akan datang (Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis),” katanya.selepas tamat mesyuarat di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi.

Ia bukan tugas baharu buat Mirnawan kerana bekas penyerang kebangsaan yang terkenal dengan gelaran Boss itu pernah dilantik sebagai pengurus Skuad Projek 2013 dan 2016.

Lebih menarik, kehadiran Mirnawan sebagai pengurus Skuad Projek 2013 berjaya menaikkan motivasi para pemain remaja untuk meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India.

Kehadiran Mirnawan pastinya meningkatkan semangat Malaysian Tigers kerana beliau pernah bermain tiga Sukan Olimpik dan dua kali di pentas Piala Dunia selain memenangi pingat perak Sukan Komanwel 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI