fbpx

Honda ubah enjin jentera Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN gagal menamatkan tiga perlumbaan musim ini ekoran masalah teknikal pada unit kuasa jenteranya. – AFP

LONDON – Pengeluar enjin Formula Satu (F1), Honda terpaksa melakukan perubahan pada enjin jentera Red Bull selepas pasukan tersebut berdepan masalah hingga menyebabkan Max Verstappen gagal untuk bersaing merebut gelaran dunia musim ini.

Honda dalam satu kenya­taan menegaskan pihaknya telah melakukan penambahbaikan terutama menerusi sistem elektronik dan perisian jentera F1.

Pelumba Belanda itu sebelum ini berdepan nasib malang apabila kehilangan daya pecutan pada unit kuasa jenteranya sekaligus gagal menamatkan perlumbaan di Monza dan Mugello.

Akibat masalah tersebut pelumba utama Red Bull itu berdepan tamparan hebat apabila ketinggalan 80 mata di belakang pendahulu kejohanan, Lewis Hamilton.

Sebelum itu, Verstappen pernah mendakwa enjin Honda mengalami masalah ketika di grid sebelum perlumbaan berlangsung.

Ia perlumbaan kedua berturut-turut menyaksikan Verstappen mengalami masalah teknikal dan insiden di Mugello adalah yang ketiga selepas turut berdepan nasib sama di Austria.

Pegawai teknikal Honda F1, Toyoharu Tanabe mengakui pihaknya telah melakukan penyelidikan dan kajian untuk melihat punca utama menyebabkan Verstappen gagal menamatkan perlumbaan di Mugello.

“Sejak insiden di Mugello, keutamaan kami adalah menganalisis punca utama Verstappen berdepan masalah. Terdapat beberapa faktor menyebabkan masalah itu timbul.

“Justeru, pasukan telah me­lakukan penambahbaikan untuk memastikan pelumba kami tidak berdepan risiko yang serupa dan mampu beraksi dengan lebih baik pada perlumbaan nanti,” Tanabe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI